Shallom. PBM akan mengadakan konsert Rohani pada 16 september ini, sempena hari Malaysia. Kami menjemput semua gereja berbahasa Malaysia dari seluruh Lembah Klang untuk datang bersama-sama dalam acara konsert ini. Sila berdoa dengan kami agar acara ini akan benar-benar memberikan impak dan mengubah hidup dan menguatkan kita semua. semua maklumat boleh dilihat melalui brosur ini. Anda juga melayari lawan FB kami di facebook.com/pbmgssj
Laman Blog Rasmi Pelayanan Bahasa Malaysia Gereja Anglikan Good Shepherd Subang Jaya Masa Kebaktian : 2:00 petang - 4:00 petang Bible study : 4:15 petang-5 :15 petang Emel : pbmgssj@gmail.com Tel / Fx : 03-80251207 H/p : 019-3880285
Monday, 22 August 2011
SUKANEKA PBM 2011
Shallom semua. Anda masih ingat Sukaneka PBM 2011 April yang lepas ? inilah sebahagian daripada gambar yang berjaya dirakamkan semperna sukaneka tersebut. gambar-gambar lain boleh dilayari di facebook.com/pbmgssj.
Khemah PBM 2011
Shallom semua. Khemah PBM 2011 kembali lagi. Kali ini Khemah PBM akan diadakan sepert berikut :
Tarikh : 07-09 Oktober 2011
Tema : Roh Kudus
Yuran : RM 100.00 ( Pengangkutan,Makan dan tempat tinggal).
Jangan lupa datang bersama-sama dengan rakan-rakan anda. Hanya perlu buka hati dan minda untuk mengalami kuasa Roh Kudus sempena Khemah ini. Pasti anda akan rasa diberkati nanti.
Kolam Renang
Sunday, 21 August 2011
Pelayanan PBM
Shallom dalam Nama Tuhan Yesus,
Pelayanan kebaktian Bahasa Malaysia bermula beberapa Tahun yang lalu. Bermula dengan jumlah yang kecil, kebaktian ini mula menampakkan pekerjaan Tuhan yang luar biasa. Sehingga kini, purata 40-50 jumlah jemaat mengikuti kebaktian Bahasa Malaysia termasuk para pelajar Dan pekerja khususnya dari sabah Dan sarawak.
Kami sangat mendorong anda untuk datang bersama-sama dengan kami setiap ahad pada 2.00 PM. Anda boleh berhubung melalui nombor telefon atau melalui laman Facebook dengan menaip : PBM GOOD SHEPHERD SUBANG JAYA : sekiranya anda mahu berbakti bersama-sama dengan kami. Bagi anda yang baru pertama kali menjejaki semenanjung dan berada di kawasan tertera di bawah, kami sangat mendorong anda untuk sama-sama berbakti
Subscribe to:
Posts (Atom)



